Ahad, 17 Oktober 2010

Pertembungan Pembangunan

Kota Bharu....pembangunan yang seimbang dibawah dasar Membangun Bersama Islam.



Termaklum, Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan bahawa pembinaan bangunan di negeri ini dengan seni bina Islam menjadi keutamaan. Tahniah Kerajaan Negeri Kelantan kerana kecintaannya kepada Islam maka bangunan yang akan didirikan pun disyaratkan demikian.
.
Keinginan yang baik ada ujiannya. Kerajaan Negeri Kelantan nampaknya tidak dapat melaksanakan dasar ini dengan menyeluruh. Tentu perkiraan lain yang perlu diutamakan sehingga dasar ini tidak dapat dilaksanakan.
.
Setengah pihak mungkin memandang kecil persoalan imej dalam pembinaan sesebuah bangunan. Mungkin mereka mengatakan, "buat apa bermegah dengan seni bina Islam" ... "itu bukannya kemajuan". Jika direnungkan kenapa pihak yang mempunyai dana pelaburan yang tinggi di Bawah Lembah Kampung Sireh tidak mahukan bangunan berseni bina Islam ?. Mereka inginkan identiti mereka !. Identiti adalah sebahagian dari pembangunan dan ketamadunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan