Medan Usahawan terletak dilokasi yang strategik . Berada ditengah-tengah antara Stadium Sultan Muhammad Keempat dan Padang Perdana. Berhadapan dengan Kelantan Trade Centre dan Dewan Perkumpulan Kelantan [DPK]. Dibelakang DPK, bertapaknya Gelangang Seni. Bersempadan dengan Gelanggang Seni terdapat Perpustakaan Kelantan. Dulunya [ kini sedang diubah suai ] ada Hotel Perdana di Jalan Mahmood. Juga terdapat Hospital Pakar Perdana. Dari Pusat Bandar untuk ke Wisma Persekutuan dan IPD, boleh singgah di Medan Usahawan untuk menjamu selera..................
untuk menyatakan kesyukuran dan menghargai Kota Bharu BRI sempena 20 tahun Kerajaan Kelantan D.N. hidup dibawah naungan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" serta ingin berkongsi maklumat semasa tentang KBBRI sebagai KOTA TAMADUN BERSAMA ISLAM
Rabu, 24 November 2010
Medan Usahawan
Tuntutan Keceriaan di Medan Usahawan
Ya kah ?. Tak menutup aurat ? ...tak sesuai sangat tak menutup aurat jika di padankan dengan Kota Bharu itu sebagai bandaraya Islam.

Medan Usahawan.... perlu diceriakan.
Isnin, 8 November 2010
Pengorbanan demi pembangunan
Sabtu, 30 Oktober 2010
Kampung Sireh... Bawah Lembah dan Pembangunan
Ahad, 17 Oktober 2010
Pertembungan Pembangunan
Kota Bharu....pembangunan yang seimbang dibawah dasar Membangun Bersama Islam.

Termaklum, Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan bahawa pembinaan bangunan di negeri ini dengan seni bina Islam menjadi keutamaan. Tahniah Kerajaan Negeri Kelantan kerana kecintaannya kepada Islam maka bangunan yang akan didirikan pun disyaratkan demikian.
.
Keinginan yang baik ada ujiannya. Kerajaan Negeri Kelantan nampaknya tidak dapat melaksanakan dasar ini dengan menyeluruh. Tentu perkiraan lain yang perlu diutamakan sehingga dasar ini tidak dapat dilaksanakan.
.
Setengah pihak mungkin memandang kecil persoalan imej dalam pembinaan sesebuah bangunan. Mungkin mereka mengatakan, "buat apa bermegah dengan seni bina Islam" ... "itu bukannya kemajuan". Jika direnungkan kenapa pihak yang mempunyai dana pelaburan yang tinggi di Bawah Lembah Kampung Sireh tidak mahukan bangunan berseni bina Islam ?. Mereka inginkan identiti mereka !. Identiti adalah sebahagian dari pembangunan dan ketamadunan.
Selasa, 5 Oktober 2010
Kota Bharu BRI...Pembangunan
...bangun...bangunan...pembangunan...
Dalam bahasa mudah, bila sebut pembangunan, ramai terlintas dan tergambar bahawa pembangunan itu ialah dengan bangunan yang tinggi. Dengan adanya bangunan yang tinggi itu boleh sebut ada pembangunan. Terasa dalam hati bahawa tempat itu hebat dan maju. Begitukah sebenarnya ?

Pasaraya Billion Kota Bharu...namanya pun hebat.. Billion walaupun boleh digunakan untuk jumlah bilangan penduduk dunia misalnya...tapi kita akan terlintas kepada nilai RM / USD dll... Baru seminggu dua lepas isu RM 4 billion meletup di Kota Bharu.
Masjid Muhammadi Kota Bharu...hebat !.... pembangunan pun ada disini ! ...tapi fahamkah kita dengan pembangunan disini ? Itu 'rumah Allah'. Adakah kita selalu kunjung ke rumah "Yang Maha Kaya' yang ada dimana-mana.
Isnin, 4 Oktober 2010
KOTA BHARU BRI...KOTA TAMADUN
SELASA - 26 SYAWAL 1431 / 05 OKTOBER 2010
.
KOTA TAMADUN...... Syukur al-Hamdulillaah, nama laman blog dan tema yang sama yang baru dibina sempena 20 tahun Kerajaan Negeri Kelantan diperintah dengan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM". Perlukan pentafsiran terhadap 'Kota Tamadun'.
.
Kerana namanya dikaitkan dengan sempena umur 20 tahun itu, sukacita saya dengan rendah diri ingin mengemukakan suatu penafsiran dan pengamatan mengikut sekadar yang saya fahami terhadap tema tersebut. Ringkasnya, 'Membangun Bersama Islam' adalah bertamadun. Islam itu bertamadun....Tamadun Islam.
.
Golongan cerdik pandai telah merumuskan apa itu 'Tamadun'. Tentunya saya tidak mampu untuk mengemukakan sepertimana tahap perbincangan mereka. Saya tidaklah ingin berbicara seperti mereka. Hanya semata ingin berkongsi maklumat semasa yang santai dan bersahaja dipersekitaran saya sahaja walau pun tajuk dan tema blog ini nampaknya besar kerana mengemukakan perkataan hebat dan besar iaitu "Tamadun". Perkataan "Tamadun" itu sendiri menggambarkan "keTamadunan".

Wallahu A'lam
Langgan:
Ulasan (Atom)